Panduan Solat

Panduan Solat Khusyuk Sempurna

Rahsia Solat, Kedudukan Sujud Yang Betul

Rahsia solat, kedudukan sujud yang betul daripada Ustaz Hasnan. Riwayat: (al-Bukhari) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Malik bin Buhaina r.a

"Ketika nabi Muhammad SAW mengerjakan solat, nabi memisahkan (merenggangkan) tangannya dari tubuhnya (dengan lebar) hingga ternampak ketiaknya putih."

Rahsia Solat, Kedudukan Sujud Yang Betul


Sujud dari segi istilah 'penyerahan diri yang tertinggi'. Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi.
panduan sujud sempurna dalam solat

Kedua-dua tangan dirapatkan dibahagian bawah sedikit dari ibu jari, iaitu ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan disitulah dahi diletakkan.

Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilenturkan sedikit agar menghala ke kiblat.

Rasullah SAW ketika hendak sujud, baginda meletakkan kedua lututnya terlebih dahulu sebelum kedua tangannya. Setelah meletakkan kedua lutut, baginda kemudian meletakkan kedua tangan, lalu kening, lalu hidung. Ketika bangkit dari sujud, baginda mengangkat kepala terlebih dulu, lalu kedua tangannya dan setelah itu baru kedua lututnya.

Nabi pernah berpesan, "Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat" (hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Nak tahu bagaimana untuk solat dengan khusyuk dan sempurna.

Boleh baca disini : Resepi Solat Sempurna Dan Khusyuk


1 Komentar untuk "Rahsia Solat, Kedudukan Sujud Yang Betul"

sujud berjemaah tak boleh begitu.. ganggu jemaah kiri dsn ksnsn

 
Copyright © 2014 Panduan Solat - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info