Panduan Solat

Panduan Solat Khusyuk Sempurna

Punca-Punca Solat Tidak Khusyuk

Punca-Punca Solat Tidak Khusyuk. Dalam kehidupan seharian sebagai umat islam, mendirikan solat adalah wajib dan telah menjadi tanggungjawab setiap individu. Solat yang sempurna dapat mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Jadi kalau kita masih melakukan perkara yang dilarang, adakah solat kita sempurna dan khusyuk.

Punca-Punca Solat Tidak Khusyuk


punca solat tak khusyuk

Antara sebab Solat Tidak Khusyuk


1.Tidak ada keinginan atau keghairahan dalam mendirikan solat. Solat yang didirikan seperti dipaksa paksa. Akhirnya solat yang didirikan adalah sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh. Walaupun solat adalah amalan yang ringan tetapi janganlah kita sengaja memberat-beratkan diri untuk mendirikan solat.

Kita kena didik hati kita supaya bersungguh-sungguh mendirikan solat. Peliharalah solat dan solat lah di awal waktu. Bukankah solat juga salah satu cara menarik rezeki. Sentiasalah kita memperbanyakkan baca al-Quran, selalu mengingati kematian dan sentiasa mengambil berat tentang panduan untuk khusyuk dalam solat.

2.Makan makanan yang haram. Makan makanan yang haram juga menyebabkan solat tidka khusyuk. Menikmaati sumber-sumber yang haram bererti kita menentang hak Allah swt dan tidak takut kepada Allh swt. Kita tak sedar bahawa makanan yang haram akan menjadi darah daging dan dari daging inilah akan melahirkan tenaga dan pergerakan.

Akhirnya hati kita menjadi kotor dan lebih mudah untuk melakukan keburukkan dan kejahatan. Hati yang kotor menyebabkan kita menjadi liat untuk mendirikan solat. Kesannya, diri semakin jauh dari Allah swt.

3.Keras Hati dan takabbur. MasyaAllah. Orang yang takbbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendahkan diri di hadapan Allah swt. Mereka merasakan diri mereka lebih besar berbanding Allah swt. Orang sebegini keras hatinya dan terlalu ego. Mereka tak sanggup untuk sujud kepada Allah swt kerana keras hatinya.

4.Lagha. Orang yang 'Lagha' atau banyak melakukan perkara yang sia-sia juga susah untuk khusyuk dalam solat. Cakap banyak yang tiada faedah, ketawa yang melampau, mengumba dan manbur fitnah, gurau senda yang melampau sudah tentu membuatkan hati semakin kotor. Bila hati kotor perkara maksiat senang nak masuk dan hati semakin sukar untuk menerima alunan zikrullah. Sesungguhnya syaitan akan cuba melalaikan kita walau dengan apa cara sekalipun. Akhirnya kita sukar untuk mendapatkan "roh" dala solat.

Bagaimanakah dengan solat kita sebelum ini? Sama-samalah kita nilaikan.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri agar sentiasa meningkatkan mutu solat kita.. InshaAllah.

[+] Lebih Banyak Tips Solat Khusyuk : Rahsia Solat Sempurna

0 Komentar untuk "Punca-Punca Solat Tidak Khusyuk"

 
Copyright © 2014 Panduan Solat - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info