Panduan Solat

Panduan Solat Khusyuk Sempurna

Cara Duduk Dalam Solat Supaya Solat Sempurna

Cara duduk dalam solat oleh Ustaz Hasnan. Riwayat: (Muslim) Dari Amir Bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya:

"Apabila rasullah SAW duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk."

Penjelasan :

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa umatnya hendaklah bersolat bagaimana cara baginda mengerjakan solat.

Cara Duduk Dalam Solat Supaya Solat Sempurna

cara duduk dalam solat supaya solat sempurna
 
Ini memberikan maksud bahawa setiap amalan di dalam solat itu sekalipun tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran, ia dapat dirujuk pada cara ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kerana islam meletakkan bahawa sumber hukum syarak selain daripada al-Quran adalah sunnah dan hadith baginda rasulullah SAW yang telah diutus sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-ajaran-NYA. 


Oleh itu sebarang pertikaian tentang cara-cara mengerjakan solat hendaklah dirujuk kepada sunnah baginda kerana hal demikian memungkinkan banyak berlakunya percanggahan pendapat.

Apa yang penting ialah perkara-perkara yang telah disepakatkan oleh ulama' (ijma'ulama') hendaklah diikuti tanpa ada perselisihan hingga munculnya ajaran-ajaran baru yang jauh menyeleweng daripada sunnah baginda. Contohnya yang pernah berlaku, sekumpulan umat islam yang bersolat berimamkan seorang wanita sedangkan hal sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang sejarah.

"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". (Al-Ankabut,Ayat 45)

Nak tahu bagaimana untuk solat sempurna dan khusyuk ?

Baca disini : Rahsia Solat Sempurna Dan Khusyuk

0 Komentar untuk "Cara Duduk Dalam Solat Supaya Solat Sempurna"

 
Copyright © 2014 Panduan Solat - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info